Pages

Friday, December 6, 2013

Sayang Kamu Kerana Allah



Assalamualaikum wahai dai'e sekalian.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari Jumaat, iaitu Sayyidul-Ayyam (penghulu segala hari). Jangan lupa, baca surah Al-Kahfi, insyaallah akan beroleh cahaya antara dua jumaat. Amin.

Jadi pada hari ini, aku teringin bercerita mengenai persahabatan.

Sahabat, apa itu sahabat? Sebagai seorang manusia yang lemah, kita ni memang sangat-sangat perlukan sahabat/rakan/kawan atau apa-apa sahaja.
Sebab kita perlukan contoh, perlukan sokongan, perlukan bimbingan dalam nak buat apa sahaja.

Hadis ini telah diriwayatkan dalam sebuah hadis oleh Abu Musa;

Dari Abu Musa, dari Nabi Muhammad SAW beliau bersabda,
"Sesungguhnya perumpamaan seorang teman yang baik dan teman yang buruk itu ibarat seorang pembawa minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun pembawa minyak wangi, boleh jadi ia akan memberimu minyak wanginya, atau kamu membeli minyak wangi darinya, atau bau minyak wanginya terlekat pada dirimu.
Manakala, seorang tukang besi, sama ada ia akan membakar pakaianmu, atau kamu akan mendapat bau busuknya."

Jadi, aku nak bercerita mengenai rakan-rakan aku yang lama, dan yang baru.
Masa di sekolah rendah, aku ada 5 orang rakan yang paling aku sayang. Mereka adalah rakan yang sangat memahami, saling bantu membantu, dan sangat menyayangi antara satu sama lain.
Sebab tu, aku taknak lepaskan mereka. Biarlah persahabatan ini sampai syurga. Insyaallah.


Seterusnya, sekarang setelah aku sambung belajar di mrsm, aku dapat kawan-2 baru yang mungkin lebih rapat dari kawan lama sebab satu dorm, satu kelas dan di bawah satu keluarga angkat yang sama.

Classmates
Mereka semua adalah orang-orang yang bagi impak besar dalam hidup aku.

Tak ada mereka, mungkin susah untuk jalani hidup ni.

Sahabat, andai suatu hari Allah pisahkan kita,
Ingatlah bahawa kalian sentiasa di hati ini.
Andai suatu hari nanti Allah berikan musibah pada kita,
Janji dengan aku, untuk sama-sama kuat menjalaninya.
Sahabat,
andai suatu hari nanti kita sudah tiada lagi,
Aku doakan kita bertemu di SyurgaNya.

Uhibukifillah ya ukhti.
Jazakallah.

3 comments:

  1. ~sahabat untuk selamanya ~ bermain untuk selamanya ~ kau dan aku sahabat , selama-lamanya setia ~ =D aku nyanyi k ..

    ReplyDelete
  2. nice post anisah :) jemput datang blog akak simawarpeliks.blogspot.com

    ReplyDelete