Pages

Wednesday, December 11, 2013

Hihi

Perancangan masa depan:

1 Nak jadi dai'e. So mula2 betulkan solat, jaga aurat dgn lebih elok.
-mulakan dengan jadi BADAR yang baik.

2 Takmau malas-2. Setiap malam mesti study walau sikit. Buat homework cepat cepat. Jangan terpengaruh dengan kawan yang malas.

3 Jadi pembersih. Teruk hg ni anisah!
4 Nanti kalau berjaya nak pi Cambridge amik course.. err. not sure. Nanti ah fikir minat kat mana.
5 ni benda yang paling aku nak buat!
-Nanti bila aku agak2 besar tu, dalam umur 19 ke, atau muda lagi atau tua lagi, nak kumpul duit (atau mintak kt abang2) untuk buat dana jaga kucing. :D

-Aku nk kumpul kucing2 yg aku nmpak tepi jalan, terbiar, semua tu dan aku nk tinggal dgn diorang dalam satu rumah. :D Waaa bestnya.
Kucing-2 tu nanti tak ada cage pun takpe, atau paling2 ada satu rumah kuarintin utk kucing yg sakit, kurap, baru lepas beranak, suka gaduh etc. Rumah tu luas gila. Hoho . Pastu laman rumah pun besar and terkawal so aku takyah risau diorang lari keluar.
Kalau ada kucing yg dah dijaga elok n ada orang nak beli, aku jual. kalau tak, aku jaga sampai dia mati. insyaallah.
Pastu aku nak ada timetable dgn kucing-2 tu. Mula2 aku jinakkan sekor2 so diorang sayang aku je hahaa. bayangkan stiap kali aku balik, diorang datang ramai2 kat aku pastu aku peluk semua. Awee comelnya!
Timetable dia nanti ada masa mandi, makan, main, dengar cerita dari aku tak kira duka atau suka, sesi bergambar lol, and tidur bersama.
EEEE TAK SABARNYA NAK JADIKAN BENDA NI KENYATAAN.

p/s: Andai aku mati sebelum aku berjaya buat pasal kucing ni, aku nak wasiatkan boleh tak. :( Buatlah sekadar yang termampu. Kalau tak mampu untuk buat rumah besar2 untuk diorang, atleast amik la 2 3 ekor kucing terbiar and jaga leklok. JANGAN SIKSA KUCING :( Nabi sayang kucing tau. And I love Kucing too <3

K dah tu je impian setakat ni.

xoxo.
Anisah Ramli,
11.12.13


Friday, December 6, 2013

Sayang Kamu Kerana Allah



Assalamualaikum wahai dai'e sekalian.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari Jumaat, iaitu Sayyidul-Ayyam (penghulu segala hari). Jangan lupa, baca surah Al-Kahfi, insyaallah akan beroleh cahaya antara dua jumaat. Amin.

Jadi pada hari ini, aku teringin bercerita mengenai persahabatan.

Sahabat, apa itu sahabat? Sebagai seorang manusia yang lemah, kita ni memang sangat-sangat perlukan sahabat/rakan/kawan atau apa-apa sahaja.
Sebab kita perlukan contoh, perlukan sokongan, perlukan bimbingan dalam nak buat apa sahaja.

Hadis ini telah diriwayatkan dalam sebuah hadis oleh Abu Musa;

Dari Abu Musa, dari Nabi Muhammad SAW beliau bersabda,
"Sesungguhnya perumpamaan seorang teman yang baik dan teman yang buruk itu ibarat seorang pembawa minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun pembawa minyak wangi, boleh jadi ia akan memberimu minyak wanginya, atau kamu membeli minyak wangi darinya, atau bau minyak wanginya terlekat pada dirimu.
Manakala, seorang tukang besi, sama ada ia akan membakar pakaianmu, atau kamu akan mendapat bau busuknya."

Jadi, aku nak bercerita mengenai rakan-rakan aku yang lama, dan yang baru.
Masa di sekolah rendah, aku ada 5 orang rakan yang paling aku sayang. Mereka adalah rakan yang sangat memahami, saling bantu membantu, dan sangat menyayangi antara satu sama lain.
Sebab tu, aku taknak lepaskan mereka. Biarlah persahabatan ini sampai syurga. Insyaallah.


Seterusnya, sekarang setelah aku sambung belajar di mrsm, aku dapat kawan-2 baru yang mungkin lebih rapat dari kawan lama sebab satu dorm, satu kelas dan di bawah satu keluarga angkat yang sama.

Classmates
Mereka semua adalah orang-orang yang bagi impak besar dalam hidup aku.

Tak ada mereka, mungkin susah untuk jalani hidup ni.

Sahabat, andai suatu hari Allah pisahkan kita,
Ingatlah bahawa kalian sentiasa di hati ini.
Andai suatu hari nanti Allah berikan musibah pada kita,
Janji dengan aku, untuk sama-sama kuat menjalaninya.
Sahabat,
andai suatu hari nanti kita sudah tiada lagi,
Aku doakan kita bertemu di SyurgaNya.

Uhibukifillah ya ukhti.
Jazakallah.

Thursday, June 6, 2013

Peluang 1 Dalam Sejuta

"Ya Allah,. Andai uzurku ini adalah kafarah untuk dosa-dosaku sebelumnya, maka kau ampunkanlah aku Ya Allah. Ya Allah. Aku tahu aku hambaMu yang lemah. yang sering melakukan kesalahan. Aku banyak melakukan dosa ya Allah. 

Oleh itu Ya Allah, kau berikanlah... satu saja,..satu saja peluang untukku beribadah di rumahMu ya Rabb. Aku bermohon padaMu dengan sesungguh-sungguh hatiku Ya Allah.. Hanya padamu aku bermohon dan hanya padaMu aku meminta pertolongan. 

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. Izinkan aku menjadi tetamuMu ya Tuhan. Ampunkan dosaku,"

Pada tanggal 30 Mei 2013, dirancang kami akan ke Mekah al-Mukaramah lepas dah menziarah di Madinah Al-Munawwarah selama empat hari.

Kami akan bertolak pada jam 2 petang setelah menunaikan ziarah wida'. 

Jadi pagi tu, aku dengan excitednya belajar tentang tawaf, saie dan lain-lain. Sebab perjalanan ke Mekah ambil masa 6 hingga 8 jam, Jadi kami sampai waktu malam dan terus boleh buat umrah lepas berniat di Bir Ismail.

Tapi, Allah Taala berikan dugaan pada aku.

Aku tiba-tiba didatangi uzur. Pada hari perjalanan ke Mekah.

Aku nangis. Aku mula menyalahkan diri, salahkan semua orang.

Aku rasa marah, aku asyik menjerit "KENAPA!" dalam hati. Sungguh.. perasaan tu.. Sedih sangat. Perasaan apabila kita tak dapat nak tunaikan ibadah apabila dah jauh-jauh datang ke sana sebab nak buat ibadah.
Sebab biasanya uzurku seminggu, dan kami di Makkah seminggu jugak.

Then Kak Nana cakap.. "Takpa adik. Adik dah dapat dua kali pahala umrah sembahyang kat Masjid Quba'," 
Memang barangsiapa yang menunaikan solat sunat atau solat fardhu di masjid Quba' (masjid pertama Rasulullah) akan dapat pahala umrah. Dan kami dah solat kat sana dua kali. Alhamdulillah.

Dengan kata-kata tu, aku mula bersyukur. Betul jugak. Then aku pikir balik.. Mungkin sebab aku pernah niat salah ke sini. Jadi lepas tu aku mula dapat tahan kesedihan.

Kemudian kami ke Makkah. Macam dah disebut tadi perjalan 6 jam-8 jam. Sampai di Makkah dah lewat malam. Lepas check-in hotel, mereka pergi buat umrah. And I'm left alone in the hotel, almost crying. 

Waktu tu tak tahulah nak cakap perasaan tu macam mana. Dalam hati tak sudah-sudah berdoa, "ya Allah.. Aku nak tengok Kaabah...." Pastu aku mula ingat dengan pesan kawan-kawan suruh doakan untuk mereka. 

Lepas tu dah beberapa hari di Makkah, uzur aku belum habis. Sampai pada tarikh 2 Jun 2013 malam..

Masa tu maghrib.. Mak, abah, kak nana and baie dah ke masjid untuk solat. Dan aku sendirian lagi.

Aku duduk depan cermin. Aku sebut satu-satu kesalahan diri. Kemudian memohon keampunan dari Allah. Dan aku baca doa di atas tadi. 

Aku menangis semahu-mahunya. Tangisan penyesalan. Aku betul-betul bermohon agar dapat masuk masjidil haram. Kalau dapat solat waktu Subuh sekalipun jadilah. (Satu solat di Masjidil Haram bersamaan dengan 100,000 pahala solat di masjid lainnya. Masjid Nabawi 1000 pahala solat di masjid lainnya)

Kemudian keesokan harinya, uzurku berhenti. Tak terkata kegembiraan aku. Sungguh, doa di sini cepat makbul. Asalkan berdoa dengan sesungguh hati. Setelah selesai mandi wajib, aku pergi masjid solat jemaah Subuh dengan keluarga. Aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah bagi aku peluang untuk solat. 
Lepas solat berjemaah tu, mak suruh Kak Nana bawak aku masuk tengok Kaabah.

Perasaan masa tu... Ya Allah tak sabarnya. Tak terkata.
Tapi tak dapat nak tengok dari bawah, jadi kami naik ke tingkat atas untuk tengok Kaabah.

Dan itulah dia.. 

(Google Images)

Nyamannya hati ini Ya Allah.. Air mata berjujuran turun. Terus baca doa-doa. Dan aku mohon sungguh, ya Allah aku nak buat umrah. Sekali pun jadilah Ya Allah. 
Lepas tu kami balik hotel. Kebetulan hari tu kami nak ziarah ke Hudaibiyyah. jadi boleh niat ihram di sana. Aku dalam keadaan takut-takut kalau uzurku datang lagi. Tapi alhamdulillah, aku dapat solat sunat ihram di masjid hudaibiyyah. Aku niat ihram bersyarat sebab takut uzur datang lagi.

Lepas tu, bas berhenti di masjidil haram untuk sesiapa yang nak buat umrah lagi. Bagi aku ni kali pertama. Aku ditemani Kak Nana dan Baie. 

Waktu tu waktu Zohor. Panasnya masyaAllah. Nak bukak mata pun payah. Tapi Subhanallah. Tak berpeluh. Cuma panasnya agak mencucuk (kat sana boleh cecah 51 darjah celcius). 

Aku dah takut-takut nak tawaf bila nak tengok panasnya macam tu. Dalam hati dah berdoa Ya Allah mudahkanlah..

Lepas dah ambil wudhuk, kami pergi ke dalam masjidil Haram untuk buat tawaf mengelilingi Kaabah. Orang tak padat sebab tengahari memang tak ramai. Jadi smoothly ja tawaf kami. 

Lepas tu, kak Nana tarik aku ke Maqam Ibrahim (tempat makbul Doa). Masa tu perasaan tak payah cakaplah. Nangis gila-gila. Bila berdoa di Kaabah rasa tenang dan air mata asyik nak keluar. Sebab masa tu rasa sangat dekat dengan Allah. Kemudian aku dapat pegang dinding Kaabah kemudian berdoa. Dapat berdoa di Multazam. Dan Alhamdulillah dapat masuk berdoa di Hijr Ismail. Baie dapat solat sunat kat situ. 

Then, dah selesai tawaf, kami pun pergi tempat Saie. Baie n kak nana naik bugee tu. Sebab ni dah kali ketiga umrah diorang. Jadi aku sorang-sorang buat Saie berjalan.

Perasaan masa buat Saie, rasa tenang sebenarnya. Sebab lidah tak berhenti berzikir dan berdoa. Tak rasa penat langsung cuma kaki sakit sebab jalan tak berhenti. Bila kita berjalan tu, dapat rasa macam mana Siti Hajar cari air untuk anaknya Ismail antara Safa dan Marwah. Jumlah keseluruhan berjalan sebanyak 4.7 km. 

Lepas dah selesai Saie, aku pun bertahallul. Aku rasa gembira.. Yang teramat-amat sangat. Perasaan syukur yang tak terkata. Alhamdulillah Ya Allah. Dapat jugak aku buat umrah.

Kemudian kami balik ke hotel. Masa tu baru aku dapat rasa macam tak selesa. Aku bagitau mak.. and tanya, macam mana kalau keluar lagi tapi tak sedar. Then mak suruh aku check.

Dugaan..

Aku kembali uzur. Tapi aku tak tahu masa bila dia kembali. Aku rasa sedih sangat-sangat. Aku nangis semahu-mahunya. 

Then mak tenangkan aku.. Mak kata..

"Takpala.. Adik bukannya tau. Dia (Allah) nak bagi peluang kat adik tengok Kaabah.." 

"Adik dapat merasa semua, maqam Ibrahim dapat cium, kaabah dapat pegang, dapat berdoa di Hijr Ismail.." -Kak Nana

Dan masa tu, aku mula bersyukur. Sekali lagi aku lalai. Aku tak sepatutnya menangis. Allah dah makbulkan doa aku. 

Dan ternyata, memang uzur aku tak habis sampai hari balik ke Malaysia (5 Jun 2013). 

Terima kasih ya Allah. Kau berikan peluang Satu dalam Sejuta ini padaku. Kau beri aku peluang untuk menjadi tetamu walau aku dalam keadaan uzur. Sesungguhnya Allah yang maha berkuasa. Allah berikan rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya dan jatuhkan bala kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Note: Aku rasa aku tak perlu malu dalam menyampaikan kisah.
Harap kisah benar ini dapat dijadikan tauladan. Dan aku harap para pembaca dapat melihat dari sudut yang positif dan ingatlah, rezeki itu ada di mana-mana. Yang penting jangan berhenti berdoa.

Assalamualaikum.

Saturday, December 22, 2012

Jangan pikir kau seorang :)


*gambar hiasan*


Hidup ini tidak mudah. Bak kata bijak pandai, hidup bagaikan roda. Terkadang kita berada di atas dan terkadang kita berada di bawah. Siapa kata orang kaya memang dilahirkan kaya? Siapa kata orang berilmu tidak belajar? Siapa kata seorang cikgu bukan seorang pelajar?

The key word is only, USAHA.

Allah SWT sendiri dah janjikan dalam al-Quran bahawa siapa yang berusaha ke jalan kebaikan, insyaAllah akan berjaya. Kan? Jadi kenapa nak harapkan sesuatu apabila tiada usaha?

DOA, jangan hanya berdoa tanpa melakukan apa-apa. Tangan tidak jemu berdoa tapi tak pernah nak usaha untuk dapatkan apa yang diinginkan. Jangan jadi mat jenin yang mencipta angan-angan kosong.

Allah sangat sayangkan umatNYA. Jadi jangan putus-putus berharap mendapat rahmat dan rezeki. Sungguh, mungkin kita diuji dengan hebat. Mak ayah pergi meninggalkan kita, keluarga bergaduh, rezeki hilang, jadi sebatang kara, semua itu ujian yang membuktikan bahawa Allah sayangkan kita. Sentiasalah bersangka baik wahai kawan. Jangan jadikan hidup ini tidak bermakna. Jangan rugikan hidup yang bernilai.

Wahai kawan, janganlah kau berhenti dari mencari keredhaanNYA. Kita diberi kehidupan untuk beribadah dan mencari CINTA ABADI. Bukan untuk berfoya-foya dan melakukan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT. Sungguh, CINTA ABADI itu adalah cinta kepada ALLAH. Allah sentiasa melihat hamba-hambanya. Allah sentiasa mengampunkan hamba-hambanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan. Bertaubatlah wahai kawan. Allah masih mengujimu.

Walaupun terlalu berat dirasakan ujian yang mendatang, redhalah dan tabah. Serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah lah Tuhan sebaik-baik Perancang. Jangan fikir kau seorang yang menghadapi ujian sebegini wahai kawan. Masih ramai yang senasib denganmu malah lebih parah darimu.

Darjat seorang anak yatim itu sangat tinggi darjatnya di mata Allah. Malah tersebut di dalam Al-Quran ayat 1 dan 2 surah Al-Ma'un yang bermaksud:

"Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? (1) Maka itulah
orang yang mengherdik anak yatim. (2)"

Juga dalam surah Ad-Dhuha ayat 9 yang bermaksud:

"Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku
sewenang-wenangnya,"

Lihatlah, betapa Allah sayangkan anak-anak yatim. Jadi janganlah kau hinakan dirimu dengan melakukan perkara yang khilaf wahai saudaraku. Usahlah rugikan nyawamu yang tidak ternilai. Lakukanlah sesuatu yang dapat membanggakan agama serta negara. Tabahlah menghadapi setiap ujian yang mendatang, kerana ALLAH MASIH MENYAYANGIMU :)

Full written by Anisah Ramli :)

Friday, November 9, 2012

Role Model?

Assalamualaikum. Hari ni, aku baru aje habis baca buku Tampil Positif Sejak Remaja karya Ruzain Syukur Mansor. Best buku tu. So, buku tu ada cakap pasal Role Model. And then I start to think, Role Model? Siapa role model aku?

Okay, orang first yang terlintas dalam otak aku adalah orang yang paling dekat dengan aku. Iaitu abang aku sendiri. Why dia? Seriously, aku bangga gila dengan dia.

There's him, my forth brother, Mohd Rafie bin Ramli.(Baie)

Kenapa dia jadi macam role model aku? Sebab, dia berjaya bangkit dari kejatuhan. And he started a new life from the lowest level. Bayangkan, dia yang dulu belajar merempat, asyik2 tukar U, now he almost a millionaire by doing business. 

Baie minat photographing, sama macam Bancik (second bro). He started to be a photographer dengan guna Bancik punya DSLR Nikon. Dah lama sikit, dia mula rasa minat. And then dia start untuk belajar photog dengan lebih mendalam. 

Sampai one day, dia buka studio dengan kawan dia. Captura Studio. Then, studio tu bertahan tak lama. And then mereka berpisah sebab ada masalah. Back to the old title, penganggur. Dia just jadi photog bebas. Boleh la jugak ada income sikit-2. Then bulan 8, dia bertunang. Bulan 9, kahwin. And isteri dia, Felinna Nadea Ed Fattah/Kak Nana. Maybe ada yang kenal dengan kakak ipar aku nih, sebab dia popular jugak dalam business world. 

Kak Nana dulu ber-business, tapi biasa la bila bisnes ni risk tinggi, and then jatuh merudum. So Abah yang tanggung Baie and Kak Nana. Lepas berapa bulan, kak Nana mula start menjual baju, tudung, and sampailah ke Vit C.

Sekarang, diorang dah buka company sendiri iaitu Felinna Beauty. Diorang jual vit C, inchloss lotion and banyak lagi lah. Dah jadi beuatycare dah. Now, diorang punya marketing dah sampai ke Singapore, Brunei and maybe Indon. Semuanya start dengan kesabaran dan keberanian. 

This is why aku rasa nak jadikan Baie dan Kak Nana role model aku. Buka business dengan semangat kental and keberanian. And also their child yang comel gila !!!!! Riedzki Fareez, I love u..


Okay, itu saja yang aku nak kongsikan hari ni. Semoga jumpa di entry lain k. Bye ! Salam.

Healing a new life

I'm a DAIE.

I'm BORNED to be a Dai'e !

AND YOU TOO!