Pages

Wednesday, December 11, 2013

Hihi

Perancangan masa depan:

1 Nak jadi dai'e. So mula2 betulkan solat, jaga aurat dgn lebih elok.
-mulakan dengan jadi BADAR yang baik.

2 Takmau malas-2. Setiap malam mesti study walau sikit. Buat homework cepat cepat. Jangan terpengaruh dengan kawan yang malas.

3 Jadi pembersih. Teruk hg ni anisah!
4 Nanti kalau berjaya nak pi Cambridge amik course.. err. not sure. Nanti ah fikir minat kat mana.
5 ni benda yang paling aku nak buat!
-Nanti bila aku agak2 besar tu, dalam umur 19 ke, atau muda lagi atau tua lagi, nak kumpul duit (atau mintak kt abang2) untuk buat dana jaga kucing. :D

-Aku nk kumpul kucing2 yg aku nmpak tepi jalan, terbiar, semua tu dan aku nk tinggal dgn diorang dalam satu rumah. :D Waaa bestnya.
Kucing-2 tu nanti tak ada cage pun takpe, atau paling2 ada satu rumah kuarintin utk kucing yg sakit, kurap, baru lepas beranak, suka gaduh etc. Rumah tu luas gila. Hoho . Pastu laman rumah pun besar and terkawal so aku takyah risau diorang lari keluar.
Kalau ada kucing yg dah dijaga elok n ada orang nak beli, aku jual. kalau tak, aku jaga sampai dia mati. insyaallah.
Pastu aku nak ada timetable dgn kucing-2 tu. Mula2 aku jinakkan sekor2 so diorang sayang aku je hahaa. bayangkan stiap kali aku balik, diorang datang ramai2 kat aku pastu aku peluk semua. Awee comelnya!
Timetable dia nanti ada masa mandi, makan, main, dengar cerita dari aku tak kira duka atau suka, sesi bergambar lol, and tidur bersama.
EEEE TAK SABARNYA NAK JADIKAN BENDA NI KENYATAAN.

p/s: Andai aku mati sebelum aku berjaya buat pasal kucing ni, aku nak wasiatkan boleh tak. :( Buatlah sekadar yang termampu. Kalau tak mampu untuk buat rumah besar2 untuk diorang, atleast amik la 2 3 ekor kucing terbiar and jaga leklok. JANGAN SIKSA KUCING :( Nabi sayang kucing tau. And I love Kucing too <3

K dah tu je impian setakat ni.

xoxo.
Anisah Ramli,
11.12.13


Friday, December 6, 2013

Sayang Kamu Kerana Allah



Assalamualaikum wahai dai'e sekalian.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari Jumaat, iaitu Sayyidul-Ayyam (penghulu segala hari). Jangan lupa, baca surah Al-Kahfi, insyaallah akan beroleh cahaya antara dua jumaat. Amin.

Jadi pada hari ini, aku teringin bercerita mengenai persahabatan.

Sahabat, apa itu sahabat? Sebagai seorang manusia yang lemah, kita ni memang sangat-sangat perlukan sahabat/rakan/kawan atau apa-apa sahaja.
Sebab kita perlukan contoh, perlukan sokongan, perlukan bimbingan dalam nak buat apa sahaja.

Hadis ini telah diriwayatkan dalam sebuah hadis oleh Abu Musa;

Dari Abu Musa, dari Nabi Muhammad SAW beliau bersabda,
"Sesungguhnya perumpamaan seorang teman yang baik dan teman yang buruk itu ibarat seorang pembawa minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun pembawa minyak wangi, boleh jadi ia akan memberimu minyak wanginya, atau kamu membeli minyak wangi darinya, atau bau minyak wanginya terlekat pada dirimu.
Manakala, seorang tukang besi, sama ada ia akan membakar pakaianmu, atau kamu akan mendapat bau busuknya."

Jadi, aku nak bercerita mengenai rakan-rakan aku yang lama, dan yang baru.
Masa di sekolah rendah, aku ada 5 orang rakan yang paling aku sayang. Mereka adalah rakan yang sangat memahami, saling bantu membantu, dan sangat menyayangi antara satu sama lain.
Sebab tu, aku taknak lepaskan mereka. Biarlah persahabatan ini sampai syurga. Insyaallah.


Seterusnya, sekarang setelah aku sambung belajar di mrsm, aku dapat kawan-2 baru yang mungkin lebih rapat dari kawan lama sebab satu dorm, satu kelas dan di bawah satu keluarga angkat yang sama.

Classmates
Mereka semua adalah orang-orang yang bagi impak besar dalam hidup aku.

Tak ada mereka, mungkin susah untuk jalani hidup ni.

Sahabat, andai suatu hari Allah pisahkan kita,
Ingatlah bahawa kalian sentiasa di hati ini.
Andai suatu hari nanti Allah berikan musibah pada kita,
Janji dengan aku, untuk sama-sama kuat menjalaninya.
Sahabat,
andai suatu hari nanti kita sudah tiada lagi,
Aku doakan kita bertemu di SyurgaNya.

Uhibukifillah ya ukhti.
Jazakallah.