Pages

Saturday, December 22, 2012

Jangan pikir kau seorang :)


*gambar hiasan*


Hidup ini tidak mudah. Bak kata bijak pandai, hidup bagaikan roda. Terkadang kita berada di atas dan terkadang kita berada di bawah. Siapa kata orang kaya memang dilahirkan kaya? Siapa kata orang berilmu tidak belajar? Siapa kata seorang cikgu bukan seorang pelajar?

The key word is only, USAHA.

Allah SWT sendiri dah janjikan dalam al-Quran bahawa siapa yang berusaha ke jalan kebaikan, insyaAllah akan berjaya. Kan? Jadi kenapa nak harapkan sesuatu apabila tiada usaha?

DOA, jangan hanya berdoa tanpa melakukan apa-apa. Tangan tidak jemu berdoa tapi tak pernah nak usaha untuk dapatkan apa yang diinginkan. Jangan jadi mat jenin yang mencipta angan-angan kosong.

Allah sangat sayangkan umatNYA. Jadi jangan putus-putus berharap mendapat rahmat dan rezeki. Sungguh, mungkin kita diuji dengan hebat. Mak ayah pergi meninggalkan kita, keluarga bergaduh, rezeki hilang, jadi sebatang kara, semua itu ujian yang membuktikan bahawa Allah sayangkan kita. Sentiasalah bersangka baik wahai kawan. Jangan jadikan hidup ini tidak bermakna. Jangan rugikan hidup yang bernilai.

Wahai kawan, janganlah kau berhenti dari mencari keredhaanNYA. Kita diberi kehidupan untuk beribadah dan mencari CINTA ABADI. Bukan untuk berfoya-foya dan melakukan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT. Sungguh, CINTA ABADI itu adalah cinta kepada ALLAH. Allah sentiasa melihat hamba-hambanya. Allah sentiasa mengampunkan hamba-hambanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan. Bertaubatlah wahai kawan. Allah masih mengujimu.

Walaupun terlalu berat dirasakan ujian yang mendatang, redhalah dan tabah. Serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah lah Tuhan sebaik-baik Perancang. Jangan fikir kau seorang yang menghadapi ujian sebegini wahai kawan. Masih ramai yang senasib denganmu malah lebih parah darimu.

Darjat seorang anak yatim itu sangat tinggi darjatnya di mata Allah. Malah tersebut di dalam Al-Quran ayat 1 dan 2 surah Al-Ma'un yang bermaksud:

"Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? (1) Maka itulah
orang yang mengherdik anak yatim. (2)"

Juga dalam surah Ad-Dhuha ayat 9 yang bermaksud:

"Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku
sewenang-wenangnya,"

Lihatlah, betapa Allah sayangkan anak-anak yatim. Jadi janganlah kau hinakan dirimu dengan melakukan perkara yang khilaf wahai saudaraku. Usahlah rugikan nyawamu yang tidak ternilai. Lakukanlah sesuatu yang dapat membanggakan agama serta negara. Tabahlah menghadapi setiap ujian yang mendatang, kerana ALLAH MASIH MENYAYANGIMU :)

Full written by Anisah Ramli :)

Friday, November 9, 2012

Role Model?

Assalamualaikum. Hari ni, aku baru aje habis baca buku Tampil Positif Sejak Remaja karya Ruzain Syukur Mansor. Best buku tu. So, buku tu ada cakap pasal Role Model. And then I start to think, Role Model? Siapa role model aku?

Okay, orang first yang terlintas dalam otak aku adalah orang yang paling dekat dengan aku. Iaitu abang aku sendiri. Why dia? Seriously, aku bangga gila dengan dia.

There's him, my forth brother, Mohd Rafie bin Ramli.(Baie)

Kenapa dia jadi macam role model aku? Sebab, dia berjaya bangkit dari kejatuhan. And he started a new life from the lowest level. Bayangkan, dia yang dulu belajar merempat, asyik2 tukar U, now he almost a millionaire by doing business. 

Baie minat photographing, sama macam Bancik (second bro). He started to be a photographer dengan guna Bancik punya DSLR Nikon. Dah lama sikit, dia mula rasa minat. And then dia start untuk belajar photog dengan lebih mendalam. 

Sampai one day, dia buka studio dengan kawan dia. Captura Studio. Then, studio tu bertahan tak lama. And then mereka berpisah sebab ada masalah. Back to the old title, penganggur. Dia just jadi photog bebas. Boleh la jugak ada income sikit-2. Then bulan 8, dia bertunang. Bulan 9, kahwin. And isteri dia, Felinna Nadea Ed Fattah/Kak Nana. Maybe ada yang kenal dengan kakak ipar aku nih, sebab dia popular jugak dalam business world. 

Kak Nana dulu ber-business, tapi biasa la bila bisnes ni risk tinggi, and then jatuh merudum. So Abah yang tanggung Baie and Kak Nana. Lepas berapa bulan, kak Nana mula start menjual baju, tudung, and sampailah ke Vit C.

Sekarang, diorang dah buka company sendiri iaitu Felinna Beauty. Diorang jual vit C, inchloss lotion and banyak lagi lah. Dah jadi beuatycare dah. Now, diorang punya marketing dah sampai ke Singapore, Brunei and maybe Indon. Semuanya start dengan kesabaran dan keberanian. 

This is why aku rasa nak jadikan Baie dan Kak Nana role model aku. Buka business dengan semangat kental and keberanian. And also their child yang comel gila !!!!! Riedzki Fareez, I love u..


Okay, itu saja yang aku nak kongsikan hari ni. Semoga jumpa di entry lain k. Bye ! Salam.

Healing a new life

I'm a DAIE.

I'm BORNED to be a Dai'e !

AND YOU TOO!